'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Luahan pilu isteri juruterbang nahas helikopter

'Doakan saya, anak-anak dan suami syurga' - Luahan pilu isteri juruterbang nahas helikopter
View on original source
Category: Health
Share
Archive
Like
SHAH ALAM - "Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya. Demikian luahan pilu Izzati Syamimi, isteri kepada juruterbang Kapten Zainol Afiq selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa. Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meminta orang ramai mendoakan supaya urusan keluarga kecilnya dipermudahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa Sinar Harian melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas di STOLport Long Lellang disahkan meninggal dunia. Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kelima-lima individu di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang. Maklumat itu diperoleh berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta KKM. 'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman' Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

(0)Comments

 

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.