'Baru Dua Minggu Lalu Naik Helikopter Sama' - Penumpang Kenang Kapten Zainol Afiq

'Baru Dua Minggu Lalu Naik Helikopter Sama' - Penumpang Kenang Kapten Zainol Afiq
View on original source
Category: Blend
Share
Archive
Like
We're a fast growing company with over 20 million page views per month. Pengalaman menaiki helikopter yang sama kira-kira dua minggu lalu kini menjadi kenangan buat seorang wanita selepas juruterbang terbabit dikenal pasti antara lima mangsa nahas helikopter berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, hari ini. Menerusi perkongsian di Threads, pengguna @ami_rah_97 berkata, Kapten Zainol Afiq merupakan seorang juruterbang yang baik dan sentiasa melayan kerenah penumpang. Tangkap layar video Threads/ @ami_rah_97 'Juruterbang yang sama membawa saya hanya dua minggu lalu ketika FDS kami. Dia seorang yang baik dan sentiasa melayan kerenah kami,' katanya. Wanita itu turut mendoakan agar semua mangsa yang terkorban ditempatkan di syurga. 'Semoga syurga buat mereka yang terkorban,' katanya. Perkongsian berkenaan turut mengundang respons seorang pengguna lain, @diiinie, yang mendakwa pernah menjadi rakan sekelas Kapten Zainol Afiq ketika di sekolah menengah. 'Namanya Zainol Afiq, rakan sekelas saya ketika di sekolah menengah. Dia antara insan paling baik pernah saya kenal. 'Dia sentiasa menceriakan suasana apabila berjumpa. Semua orang senang dengannya dan tidak ada sebab untuk tidak menyukainya,' katanya. Menurutnya, beliau turut mendoakan agar Kapten Zainol Afiq dan mangsa lain dikurniakan ganjaran syahid. 'Semoga dikurniakan ganjaran syahid kepada dia dan mangsa-mangsa yang lain. Amin,' ujarnya. Dalam pada itu, @ami_rah_97 berkata, apa yang mampu dilakukan ketika ini adalah mendoakan isteri dan anak-anak juruterbang berkenaan. 'Yang mampu dilakukan sekarang hanyalah mendoakan isteri dan anak-anaknya,' katanya. Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan penumpang helikopter BO-105 yang terhempas serta terbakar sepenuhnya berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang telah dikenal pasti. Baca juga : Mereka ialah Kapten Zainol Afiq, Dr Ainul, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

(0)Comments

 

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.