KUALA LUMPUR: TRC Synergy Bhd meraih kontrak bernilai RM148.98 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja perkhidmatan bawah tanah untuk sebuah pusat data hiperskala.
TRC Synergy dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, anak syarikat milik penuhnya, TRC Construction Sdn Bhd, menerima surat anugerah daripada Gamuda Engineering hari ini.
"Kontrak itu bermula pada 14 Ogos 2026 dan dijadualkan siap pada 25 November 2026," menurut syarikat itu.
TRC Synergy berkata, kontrak berkenaan tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan saham pemegang saham utama syarikat.
Bagaimanapun, projek itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.
Syarikat berkata, kontrak berkenaan turut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham serta aset bersih sesaham TRC Synergy.
(0)Comments