TV

TVS

Wanita meninggal dunia selepas sesak nafas

Image
BAU, 6 Sept: Seorang wanita berusia 34 tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas sebelum terjatuh dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Bidi, Jalan Krokong, malam tadi. Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum rebah di bahagian dapur rumah. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarganya ke Unit Kecemasan Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan. 'Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 10.09 malam. 'Hasil pemeriksaan awal polis ke atas mayat mendapati tiada kecederaan mencurigakan atau unsur jenayah dikesan,' katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga, mangsa mempunyai sejarah masalah kesihatan dan kerap mendapatkan rawatan susulan di Hospital Bau. Katanya, keluarga mangsa juga tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah berkaitan kematian wanita berkenaan. Mayat mangsa akan menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. 'Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (LMM) dan siasatan lanjut masih dijalankan,' ujar Mohd Haide. Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.-TVS
Wanita meninggal dunia selepas sesak nafas
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.