Foto REUTERS
KATHMANDU, 7 September – Angka korban akibat tanah runtuh dan banjir kilat di sempadan Nepal-China melonjak kepada 1,380 orang.
Sementara lebih 5,500 lagi masih hilang ketika pada hari terakhir tempoh berkabung berdasarkan tradisi Hindu pada Isnin.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat susulan penemuan empat mangsa yang terselamat dalam tempoh beberapa.
Antara yang diselamatkan termasuk seorang warga China dan dua pekerja tempatan yang dikeluarkan dari terowong projek hidrokraf, serta seorang wanita Nepal yang berjaya ditarik keluar dari runtuhan rumahnya yang tertimbus.
Jurucakap Tentera Nepal, Raja Ram Basnet berkata fokus utama operasi SAR kini tertumpu di kawasan stesen janakuasa hidroelektrik sekitar lembangan sungai kerana pihak berkuasa percaya masih terdapat mangsa yang terperangkap.
Pegawai Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan (NEOC), Phanindra Paudel mengesahkan tiada acara rasmi kerajaan diadakan sempena hari terakhir berkabung itu bagi memberi laluan sepenuhnya kepada operasi menyelamat yang sedang berjalan.
Sementara itu di wilayah Tibet, pihak berkuasa China mengesahkan penemuan 12 lagi mayat pada Ahad, sekali gus mempergiat usaha pencarian ratusan mangsa yang masih hilang.
Bencana yang berlaku pada 26 Ogos itu berpunca daripada rekahan glasier di kawasan pergunungan Himalaya, yang meruntuhkan dinding lumpur serta batuan besar ke dalam sungai lalu menimbus kawasan penempatan dan meranapkan laluan perhubungan utama. – REUTERS.
(0)Comments