JU

Julai Pm

Buat akaun palsu nak uji kesetiaan kekasih, pemuda akhirnya pilih angkat kaki

Image
Kejujuran penting dalam perhubungan. -Gambar hiasan AI TINDAKAN seorang lelaki mencipta akaun palsu untuk menguji kesetiaan teman wanitanya berakhir dengan pengakuan yang mengejutkan. Menurut lelaki itu, dia ada menghantar mesej kepada wanita berkenaan menggunakan akaun palsu tersebut dan tidak menyangka kekasihnya membalasnya. Namun apa membuatkan hatinya remuk, wanita itu mengakui tidak mempunyai kekasih kerana 'teman lelakinya' sudah meninggal dunia. Tidak jujur dalam perhubungan boleh merosakkan kepercayaan kepada pasangan. -Gambar hiasan AI "Aku saja buat akaun palsu, lepas itu aku mesej awek aku sebab saja nak ujia dia. Dia respon dan kami saling berbalas mesej. "Borak punya borak, dia beritahu 'teman lelakinya' sudah dua bulan meninggal dunia," kongsinya. Pengakuan itu membuatkan lelaki tersebut berasa sangat kecewa kerana menganggap pasangannya boleh memberikan alasan lain, bukannya mendakwa dirinya sudah meninggal dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi tuduh menantu curang, ibu mentua gelabah cuba 'rasuah' cincin emas... Suami minta maaf baru sedar perangai jahat mak sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Curang sebab bosan dan ingin berseronok... Isteri tergamam suami minta ikhlaskan diri, jangan berdendam 'Bagi lah alasan lain. Ini meninggal dunia. Letih, tak dihargai. Kecewa betul,' katanya. Susulan itu, lelaki berkenaan memutuskan hubungan dan menyekat akaun teman wanitanya. "Kami dah putus, aku dah sekat terus nombor dan akaun media sosial dia," katanya. Lelaki cipta akaun palsu semata-mata mahu menguji kesetiaan teman wanitanya. Teman wanita itu didakwa mengaku teman lelakinya sudah meninggal dunia dua bulan lalu. Lelaki berkenaan kecewa selepas mendengar alasan tersebut lalu memutuskan hubungan. Dia turut menyekat nombor telefon dan semua akaun media sosial wanita berkenaan. Netizen menyifatkan tindakan lelaki itu meninggalkan hubungan berkenaan sebagai keputusan tepat. Ringkasan ini dijana oleh AI Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bergurau dengan mengucapkan takziah kepada lelaki tersebut, namun lega kerana hubungan toksik itu sudah berakhir. "Memang elok putus, belum kahwin perangai dah bukan-bukan. Bayangkan kalau dah jadi isteri perangai macam tu. "Nak gelak macam dosa, tapi memang bagus kau tinggalkan perempuan tak jujur macam tu," komen warga maya.
Buat akaun palsu nak uji kesetiaan kekasih, pemuda akhirnya pilih angkat kaki
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.