JU

Jumaat

Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, lapan lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge - Semasa

Image
Pemeriksaan kesihatan penting sebelum menyertai mana-mana pertandingan. -Gambar hiasan SEORANG pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di kampus UiTM Jengka, Pahang pada Jumaat. UiTM Cawangan Pahang memaklumkan mangsa, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal merupakan peserta dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan menyertai acara itu yang bermula sejak 2 September lepas. 'Pengurusan UiTM menzahirkan rasa amat berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry, peserta KKEC 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan. 'Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham,' kata UiTM Cawangan Pahang menerusi kenyataan pada Ahad. Jelasnya, pihak pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan, serta keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar dan dipermudahkan tanpa sebarang kesulitan. Selain itu, katanya, pihak penganjur turut menetapkan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan. 'Untuk makluman, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia ini berlangsung dari 2 hingga 8 September 2026 di UITM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat. 'Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula,' jelasnya. Tambah kenyataan itu, terdapat beberapa peserta terdahulu yang diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir tersebut.
Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, lapan lagi dirawat ketika sertai Komander Kesatria Endurance Challenge - Semasa
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.