UN

unknown

KPT Minta UiTM Sedia Laporan Insiden Penuntut Meninggal Ketika Duathlon

Image
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyediakan laporan lengkap berhubung kematian seorang penuntut selepas mengalami kesukaran bernafas ketika menyertai acara duathlon dalam program Ketahanan Komander Kesatria (KKEC), Jumaat lalu. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, laporan itu perlu merangkumi punca kejadian serta tindakan susulan yang akan diambil. Menurutnya, laporan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berkaitan keadaan suhu dan haba melampau ketika latihan. 'Kita memandang serius setiap perkara membabitkan keselamatan dan kebajikan pelajar yang menyertai program seperti ini. 'Kita juga mahu mengambil pengajaran daripada kejadian ini supaya perkara sama tidak berulang,' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Surat Tajaan Yuran Pengajian Ijazah Sarjana Muda kepada Pelajar Terbaik STPM 2025 di kementeriannya, hari ini. Dalam kejadian di kampus UiTM Jengka, Maran itu, penuntut berusia 21 tahun, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika acara berkenaan. Lapan peserta lain turut mengalami masalah sama. Dua daripadanya menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh, manakala enam lagi dirawat di Hospital Jengka. Kesemua mereka dilaporkan stabil. Zambry turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta mendoakan peserta yang masih menerima rawatan segera pulih dan dapat meneruskan pengajian. Sementara itu, beliau berkata setakat ini tiada institusi pengajian tinggi terjejas akibat jerebu. Bagi Sarawak, institusi seperti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), politeknik dan kolej komuniti sudah mengambil langkah sewajarnya, termasuk menggunakan kaedah pembelajaran dalam talian sekiranya keadaan jerebu menjejaskan kehadiran pelajar ke kampus.
KPT Minta UiTM Sedia Laporan Insiden Penuntut Meninggal Ketika Duathlon
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.