UN

unknown

Kes Ebola di Republik Demokratik Congo meningkat kepada 6,600

Image
Dipercayai ramai lagi individu yang dijangkiti tidak direkodkan dalam sistem pemantauan epidemiologi, dengan sebilangan besar meninggal dunia di luar kemudahan perubatan. - Gambar fail/Reuters MOSCOW: Jumlah kes Ebola yang disahkan di Republik Demokratik Congo (DRC) meningkat kepada 6,604 kes dengan 3,175 kematian dilaporkan, menurut Institut Kesihatan Awam Nasional DRC (INSP) pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti. "Dalam tempoh 24 jam lepas, sebanyak 82 kes baharu dan 41 kematian direkodkan. Jumlah keseluruhan kes sejak wabak bermula kini mencecah 6,604, dengan 3,175 kematian," menurut kenyataan itu. Menurut doktor dan pekerja kemanusiaan yang ditemu bual The Washington Post di wilayah Ituri dan Kivu Utara, statistik rasmi itu mungkin hanya menggambarkan sebahagian daripada jumlah sebenar kes. Ramai individu yang dijangkiti tidak direkodkan dalam sistem pemantauan epidemiologi, dengan sebilangan besar meninggal dunia di luar kemudahan perubatan. Ketika ini, tiada vaksin atau rawatan bagi strain Ebola Bundibugyo baharu itu yang dilesenkan secara rasmi. Bagaimanapun, data makmal menunjukkan bahawa vaksin Ervebo yang baharu mungkin memberikan perlindungan pada tahap tertentu. -- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.
Kes Ebola di Republik Demokratik Congo meningkat kepada 6,600
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.