NI

Nik Amirulmumin Nik Min

Peserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera

Image
KUANTAN- Universiti Teknologi Mara (UiTM) memandang serius insiden kematian seorang peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang berlangsung di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Melalui kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Pahang, pihak universiti akan terus memantau rapi situasi semasa bagi memastikan kebajikan semua pihak yang terlibat. "Pengurusan UiTM menzahirkan rasa berdukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, peserta KKEC 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan. "UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham," ujarnya. Menerusi kenyataan itu, pihak universiti menjelaskan telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan dan keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa dipermudahkan tanpa sebarang kesulitan. Tambahnya, sebagai komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan para pelajar, pihak penganjur telah memutuskan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada Ahad dibatalkan. Jelasnya, KKEC 2026 merupakan program tahunan menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia. "Kali ini ia berlangsung dari 2 hingga 8 September ini di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat. "Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara dijalankan," katanya. Malah menurut kenyataan itu lagi, beberapa peserta terdahulu diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir tersebut. Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Peserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.