UN

unknown

Kes kebakaran terbuka di Pahang meningkat 52%

Image
Kategori belukar merekodkan jumlah kebakaran tertinggi dengan 619 kes KUANTAN, 7 September – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang merekodkan 1,003 kes kebakaran terbuka bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Ogos lalu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 2,721.88 hektar. Pengarah JBPM Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, jumlah itu meningkat kira-kira 52 peratus dari segi bilangan kes, manakala keluasan kawasan terlibat meningkat lebih 134 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menurut beliau, kategori belukar merekodkan jumlah kebakaran tertinggi dengan 619 kes. Pemantauan menerusi Sistem Maklumat Kebakaran Hutan (ForFIS) bagi tempoh 5 hingga 7 September lepas turut mengesan 42 titik panas di beberapa daerah di Pahang, antaranya daerah Lipis, Temerloh, Rompin, Kuantan, Maran, Bera dan Pekan. Susulan jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa fenomena El Niño yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga April 2027, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta mengelakkan sebarang aktiviti yang berpotensi mencetuskan kebakaran. Pihak bomba akan terus mempergiat pemantauan serta memperkukuh kesiapsiagaan operasi berdasarkan keadaan cuaca dan perkembangan risiko kebakaran semasa. Orang ramai yang menyaksikan sebarang kejadian kebakaran digesa segera menghubungi talian kecemasan 999.
Kes kebakaran terbuka di Pahang meningkat 52%
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.