RE

Reuters

Sydney dilanda panas terik, risiko kebakaran meningkat

Image
SYDNEY, 6 SEPT – Sydney, bandar paling ramai penduduk di Australia, dilanda gelombang panas terik kelmarin, meningkatkan risiko kebakaran hutan dan mendorong pihak berkuasa mengeluarkan larangan menyalakan api. Cuaca panas itu berlaku ketika corak cuaca El Nino yang kuat di Lautan Pasifik, dijangka antara yang terkuat dalam beberapa tahun, membawa keadaan lebih panas dan kering di seluruh selatan Australia sepanjang musim bunga September hingga November. Biro ramalan cuaca negara itu kelmarin berkata suhu di ibu negeri New South Wales yang dihuni 5.6 juta penduduk itu dijangka mencecah 33 darjah Celsius (°C), hampir 13°C melebihi purata. Di Lapangan Terbang Sydney, suhu sudah mencecah 28.6°C pada 11:30 pagi waktu tempatan, lebih tujuh darjah melebihi suhu maksimum purata September, menurut data peramal cuaca. 'Angin barat laut yang segar hingga kencang dan bertiup kencang dijangka berlaku pada waktu pagi, digabungkan dengan keadaan kering dan lebih panas daripada kebiasaan, akan meningkatkan risiko kebakaran di seluruh Greater Sydney hari ini,' kata biro itu. Pihak berkuasa bomba negeri mengeluarkan larangan menyeluruh menyalakan api di Sydney, yang dikategorikan mempunyai risiko kebakaran 'ekstrem,' iaitu tahap bahaya kedua tertinggi. Perubahan iklim menyebabkan cuaca panas melampau dan keadaan cuaca yang meningkatkan risiko kebakaran menjadi semakin kerap berlaku di Australia, negara yang sering dilanda kebakaran hutan dan mempunyai kira-kira 27 juta penduduk.
Sydney dilanda panas terik, risiko kebakaran meningkat
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.