Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di Dungun pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Bekas Pengasuh Simpan Dendam Guna Ilmu Hitam, Anak Kecil Jadi Mangsa Rasuk – 'Dia Akan Panjat Almari, Meja & Mata Memandang Tajam'
Artikel Berkaitan: Lima Pengasuh Didakwa Masukkan Kanak-Kanak Dalam Mesin Basuh, Sembur Air Dalam Mulut & Kurung Dalam Tandas
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun iaitu Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat, siasatan awal mendapati bayi terbabit dihantar oleh ibunya ke taska berkenaan sekitar jam 8 pagi dalam keadaan sihat.
Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi, pengasuh mendapati bayi itu tidak memberikan sebarang respons selepas dipercayai tidur dan diberikan susu.
Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Durian Mas di sini sebelum dirujuk ke Hospital Dungun.
Pihak perubatan kemudian memberikan rawatan termasuk bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR) namun, usaha menyelamat gagal dan mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.45 tengah hari. MENARIK: 'Hargai Orang Yang Benar Ambil Berat Perjalanan Saya' – Aina Abdul
Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang kecederaan fizikal yang jelas pada tubuh bayi berkenaan.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dijalankan.
Siasatan turut melibatkan dua pengasuh yang berada di taska ketika kejadian, selain polis akan mendapatkan keterangan daripada ibu bapa serta individu lain yang mempunyai maklumat berkaitan.
Polis juga akan mendapatkan laporan serta pandangan pihak perubatan bagi membantu melengkapkan siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecuaian atau pengabaian sepanjang bayi itu berada dalam penjagaan pihak taska.
Sumber: Bernama
The post Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Taska, Dua Pengasuh Beri Keterangan first appeared on OHBULAN!. IKLAN
(0)Comments