RO

Rosli Ilham

Bayi 4 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di taska

Image
Dungun: Seorang bayi perempuan empat bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah, dekat sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata, bayi berkenaan disahkan meninggal di Hospital Dungun kira-kira jam 12.45 tengah hari. Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.41 petang tadi. "Terdahulu, bayi berkenaan dihantar oleh ibunya ke taska terbabit kira-kira8 pagi tadi dalam keadaan sihat. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi, pihak taska mendapati bayi terbabit tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Durian Mas dan dirujuk ke Hospital Dungun," katanya. Nik Ab Halim berkata, setibanya di hospital terbabit, pegawai perubatan melakukan pemeriksaan serta berusaha menyelamat bayi itu dengan memberikan bantuan pernafasan. "Bagaimanapun bayi terbabit disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari. "Pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal dan bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian," katanya. Katanya, satu kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibuka. "Kita akan siasat secara terperinci mengenai kes ini dan lihat sama ada terdapat unsur kecuaian atau pengabaian ketika mangsa berada di bawah jagaan pihak taska. "Dua pengasuh yang bertugas ketika kejadian telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya. Menurutnya, polis juga akan mengambil keterangan ibu bapa dan saksi-saksi berkaitan serta mendapatkan laporan dan pandangan pihak perubatan.
Bayi 4 bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di taska
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.