AZ

Azizi Majid

Penyertaan anak Orang Asli ke IPT meningkat setiap tahun

Image
Iskandar Puteri: Lebih 600 anak Orang Asli kini melanjutkan pengajian di universiti dan kolej seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, peningkatan penyertaan komuniti berkenaan dalam pendidikan tinggi mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap isu pendidikan Orang Asli di negara ini. Katanya, ketika Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) diletakkan di bawah kementeriannya empat tahun lalu, sasaran awal ditetapkan supaya 200 anak Orang Asli berjaya memasuki institusi pendidikan tinggi. "Pada tahun pertama, cabaran itu diterima. Bukan sekadar 200 orang yang masuk ke universiti, tetapi jumlah itu melebihi 300 Orang Asli yang masuk ke universiti pada tahun berkenaan. "Tahun kedua, cabaran itu saya tingkatkan kepada 300. Jelas bahawa pencapaian anak-anak Orang Asli yang masuk ke universiti meningkat kepada 400 orang pada tahun yang kedua," katanya ketika merasmikan penutupan Karnival Sukan Orang Asli (KSOA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Kompleks Sukan EduCity, di sini, hari ini. Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ahmad Zahid berkata, pencapaian lebih 600 pelajar pada tahun ini membuktikan bahawa masyarakat Orang Asli mempunyai keupayaan untuk terus maju sekiranya diberi peluang serta sokongan pendidikan yang sewajarnya. "Ini adalah satu mobiliti sosial yang baik kerana pendidikan ialah satu elemen untuk menaikkan taraf sosial mana-mana masyarakat di dunia," katanya. Beliau berkata usaha memperkasakan pendidikan masyarakat Orang Asli turut diperluas kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi penyediaan institusi khusus bagi komuniti berkenaan. Ahmad Zahid berkata, antaranya ialah Pusat Latihan Paya Bungor di Maran, Pahang yang kini menempatkan 135 anak Orang Asli mengikuti program TVET yang menyediakan program jangka pendek dan jangka panjang. Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menghargai komitmen Kerajaan Negeri Johor yang menyediakan peruntukan RM600,000 kepada 60 kampung Orang Asli di negeri ini, bersamaan dengan RM10,000 bagi setiap kampung.
Penyertaan anak Orang Asli ke IPT meningkat setiap tahun
View on original source
Share
Archive
Like

(0)Comments

 

Related Opinion

A note on cookies

Newshunt uses essential cookies to keep you signed in and to remember your language and country, so the site works the way you expect. With your permission, we'd also like to use analytics cookies to understand how people use Newshunt and improve it over time.

Accepting only affects analytics. To learn more, view our Privacy Policy or Terms & Conditions.